|
Bahasa |
|
Ramal PRU-13 2010, PAS rangka pelan kemenangan
|
PETALING JAYA, Nov 8 — PAS sudah turun padang untuk memulakan segera usaha merangka pelan tindakan kemenangan dengan meramalkan kemungkinan pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan diadakan tahun depan.
Malah, PAS juga mahu menyediakan pelan tindakan kemenangan itu untuk dibentangkan bersama pada konvensyen khas Pakatan Rakyat dijadual bulan depan, kata ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.
... Read More... |
| |
AG nafi arah tangguh sebat Kartika
|
ROMPIN, Nov 8 — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menafikan pihaknya masuk campur dalam penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno.
Beliau berkata pelaksanaan hukuman tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan pihaknya menghormati sebarang keputusan yang dibuat mahkamah berkenaan.
“Tidak ada.. tak kanlah saya (masuk campur)... Read More... |
| |
Najib: Saya tak mahu campuri krisis MCA kecuali dijemput
|
KOTA KINABALU, Nov 8 — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi beliau tidak akan campur tangan dalam masalah dalaman MCA kecuali sekiranya beliau menerima jemputan yang jelas dari parti itu untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa MCA seharusnya menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin bagi memastikan ia muncul sebagai sebuah parti y... Read More... |
| |
Awang Adek: Syukur dapat wang ihsan, Kelantan tiada hak tuntut
|
PETALING JAYA, Nov 8 — Kelantan harus “berterima kasih dan bersyukur” dengan pemberian wang ihsan petroleum daripada kerajaan persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri awal minggu ini, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Oleh itu katanya, “harapan saya, pertama, kita berterima kasih dan bersyukur kerana ini rezeki daripada Allah SWT.”
“Keduanya, kita manfaat sepenuhnya rezeki ini dengan melaksanakan program-program dengan baik dan telus serta penuh keprihatinan untuk rakyat yang memerlukan. Kita akan membantu rakyat sekurang-kurangn... Read More... |
| |
Tiada tekanan gesa saya berundur – Hadi
|
KUALA LUMPUR, Nov 7 – Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyangkal beliau menerima tekanan daripada sesetengah puak agar melepaskan jawatannya sebagai Presiden PAS berhubung isu kerajaan perpaduan membabitkan Umno-BN.
“Kami akan mengambil tanggungjawab penuh. Hari ini kami menerima sokongan dan keyakinan daripada perwakilan dari seluruh negara, ini akan membantu memperkukuhkan pendirian kami,” kata beliau pada sidang media di akhir seminar politik sehari parti itu di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dekat sini petang tadi.
Sehubungan itu, Hadi juga menekankan, isu kerajaan... Read More... |
| |
Asri boleh berceramah di Johor tanpa sekatan
|
JOHOR BARU, Nov 7 – Berbeza dari Selangor, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin boleh mengadakan ceramah agama bila-bila masa dan di mana sahaja di Johor tanpa memerlukan kelulusan Majlis Agama Islam negeri.
Ini kerana peraturan pihak berkuasa agama negeri Johor tidak memerlukan seseorang pendakwah mendapatkan sebarang surat tauliah khas untuk mengadakan ceramah agama tetapi perlu merupakan seorang penceramah agama yang dikitiraf.
Menurut Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, setiap personaliti agama dipelawa termasuk Mohd Asri untuk menganjurkan ceramah di Johor.... Read More... |
| |
Bos PAS: Hadi atau Nik Aziz?
|
KUALA LUMPUR, Nov 7 – Seminar politik PAS berubah “panas” pada sebelah petang tadi dengan teguran perwakilan Negeri Sembilan yang membangkitkan persoalan “siapa sebenarnya bos (nakhoda) dalam PAS?”
“Siapa pihak yang ada autoriti dalam parti? Presiden? Atau Mursyidul Am?” soal perwakilan Mohd Khairil Anuar Wafa ketika membahaskan ucaptama Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut perwakilan ini, ahli akar umbi kini terkeliru sama ada mereka perlu mematuhi arahan Abdul Hadi selaku Presiden ataupun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.
“Kami... Read More... |
| |
Parti alternatif? PAS perlu bersikap terbuka
|
KUALA LUMPUR, Nov 7 — PAS tidak akan berupaya menjadi parti alternatif sekiranya tidak dapat menerima perlembagaan negara yang mengiktiraf masyarakat bukan Islam, kata pemerhati politik Prof Dr Abdul Aziz Bari.
"Ini satu perlembagaan yang kita kenal... kalau kita tak mahu akui maka kita tak boleh jadi parti alternatif.
"Jadi, jangan lompat (melenting dan mempersoalkan) bagaimana dengan Islam? Kena tumpu juga kepada bukan Islam dan fokus bagaimana nak menangi hati mereka,” katanya.
... Read More... |
| |
Amalan bai'ah: Soal dosa dan survival PAS
|
PETALING JAYA, Nov 7 — PAS yang terus-menerus berhadapan serangan politik dari dalam dan luar, dilihat terpaksa bersandarkan kaedah bai'ah atau sumpah taat setia jatuh talak tiga terhadap isteri bagi mengelak mana-mana pemimpin khususnya wakil rakyat mereka dari melompat parti.
Ia turut disahkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengatakan bahawa langkah itu bagi memastikan tiada mana-mana wakil rakyat mengkhianati parti dengan menyertai parti lain.
... Read More... |
| |
Hadi: PAS tetap kekal dalam Pakatan
|
KUALA LUMPUR, Nov 7 — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan partinya akan kekal bersama Pakatan Rakyat, yang dibentuk selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008, untuk mengharungi gelombang politik domestik.
Berucap pada seminar politik parti itu, yang dilihat penting bagi memperjelaskan hala tujunya, Abdul Hadi berkata, PAS telah memperoleh banyak kelebihan menerusi gandingan PR berbanding hanya berjuang bersendirian sebelum ini.
... Read More... |
| |
|